blog ini mengajak 'orang kita' guna otakkk!!! Guna otakkk!!!

membincangkan konsep-konsep lebih kepada bidang perubatan dan mengajak orang ramai kepada kaedah perubatan yang lebih efektif dan 'reasonable'..

Friday, 28 October 2011

KANAK-KANAK & HIDUNG TERSUMBAT

Sesetengah ibu bimbang jika anak mereka mempunyai pernafasan tersumbat dan berbunyi. Kebiasaannya, apabila mereka datang bertemu doktor, mereka mengadu tentang nafas berbunyi yang diikuti dengan perubahan warna biru pada hujung-hujung jari, dan kadang-kadang juga dikaitkan demam yang kuat, "panas dalam" kata mereka. Tidak seperti orang dewasa yang berupaya menggunakan mulut, bayi yang baru dilahirkan bergantung sepenuhnya kepada hidung untuk bernafas sehingga umur mencapai dua ke tiga bulan atau lebih. Seringkali terdengar rintihan ibubapa yang panik melihat keadaan anak dengan hidung tersumbat. Di sini disediakan tips untuk mereka yang mengalami masalah tersebut. Di antara penyebab hidung tersumbat di kalangan bayi ialah udara persekitaran yang kering, alahan pada saluran pernafasan, dan masalah jangkitan. Bagi bayi yang lebih besar dan kanak-kanak pula, kemasukan bendasing (semut, mainan, dll), bengkak kelenjar 'adenoid' (adenoid gland), dan penggunaan spray rawatan yang berlebihan dilihat menjadi penyebab yang utama kepada hidung tersumbat. Rawatan melalui sapuan minyak angin (VICKS, dll) dalam kebanyakan kes dapat melegakan keadaan. Lain-lain kaedah rawatan di rumah termasuklah menyedut hingus terus daripada hidung bayi. Ini mungkin kelihatan jijik, tetapi ianya berkesan bagi kebanyakan orang walaupun risiko kecederaan tidak mustahil boleh berlaku. Ibubapa yang mengalami masalah ini perlu bertenang. Biasanya, rembesan pekat di dalam hidung secara semula jadi akan hilang semasa sesi mandian suam. Selain itu, mereka boleh menggunakan putik kapas untuk mengeluarkan rembesan tetapi mestilah dilakukan dengan hati-hati. Lain-lain kaedah yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan titisan 'normal saline' yang terdapat di kebanyakan farmasi termasuk juga di hospital. Di hospital, bayi anda mungkin diberi sedutan wap biasa (air garam) untuk mencairkan hingus yang pekat. Jangan teragak-agak mendapatkan rawatan daripada yang pakar jika anda mengalami masalah.

Friday, 14 October 2011

MUAL & LOYA

Semalam aku terbaca satu topik: loya dan muntah (nausea and vomiting). Ilmu yang dimiliki oleh Allah adalah terlalu luas. Bahkan jika diumpamakan, seluruh lautan ini jika dijadikan dakwat bagi pena untuk menulis tentang ilmu Allah ini, nescaya tidak mencukupi malah lebih banyak lagi ilmu yang tidak dapat diketahui. Tetapi ini juga mungkin sebagai hikmah bagi kita agar menimbulkan rasa kagum pada Allah dan hidup dengan tanpa jemu menuntut ilmu. Di dalam dunia perubatan, ada satu istilah yang cukup sinonim, iaitu loya dan muntah. Gejala-gejala ini sering terjadi kepada mereka yang keracunan, ibu-ibu mengandung, tindak-balas terhadap ubat yang diambil, dan sebagainya. Secara logiknya, ianya merupakan proses untuk mengeluarkan kembali racun atau bahan kotor yang dengan sengaja atau tidak telah ditelan. Bagaimanapun, bagi ibu-ibu mengandung yang tidak keracunan, its not what it seem to be. Why? Kerana kajian yang dibuat mendapati ianya boleh juga berpunca daripada paras hormon wanita hCG yang tinggi. Di dalam sistem badan, otaklah yang didapati berfungsi mengawal kedua-duanya. Ianya datang daripada satu bahagian otak luar sedar di bahagian 'Medulla Oblongata'. Dalam dunia realiti, ianya cukup payah untuk memberi penjelasan secara terperinci bagaimana sesetengah orang yang zahirnya sihat, tetapi sering kali mengalami gejala mual dan muntah ini secara berterusan. Kaedah pendekatan yang sistematik dan terancang dapat memastikan penjelasan dapat dibuat dengan baik dan kesakitan dan tekanan akibat penyakit ini dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.

Sebagai contoh; Puan X mengadu mengalami gejala mual sejak berbulan-bulan. Ujian hamil menunjukkan negatif. Terkadang beliau mengalami demam dan sakit ulu hati. Doktor telah mengesahkan beliau mempunyai batu di dalam hempedu (cholelithiasis) dan menyarankan supaya ianya dibuang. Satu pembedahan 'cholecystectomy' telah dijalankan dan didapati terdapat beberapa ketulan kecil batu di dalam hempedu. Setelah itu, menurut Puan X, gejala tersebut telah berkurangan tetapi tidak hilang sepenuhnya. Malang bagi beliau apabila gejala tersebut kembali semula dan menjadi bertambah teruk beberapa hari kemudian. Perasaan mual membuatkan hidupnya tidak bermakna dan tertekan. Satu ujian ultrasonography telah dijalankan ke atas perut (abdomen) beliau dan didapati beliau mempunyai satu masalah pada saluran darah utama di dalam perut yang dipanggil 'celiac artery'. Salur darah ini didapati menjadi sempit setiap kali beliau bernafas. Satu diagnosis telah dibuat yang mana dipanggil 'Median Arcuate Ligament Syndrome'. Satu pembedahan sekali lagi dilakukan dan kali ini selepas pembedahan, beliau bebas daripada perasaan mual tersebut. Satu lagi contoh yang berlaku kepada Encik Y di mana di dalam satu pertemuannya dengan doktor, beliau mengadu mengalami gejala loya setiap kali beliau bangun daripada tidur dan ianya beransur pulih menghampiri tengahari dan petang. Ini berlaku selama bertahun-tahun lamanya. Diagnosis 'gastro-oesophageal reflux disease' telah dibuat. Beliau disarankan supaya mengurangkan pengambilan kopi atau minuman ber'cafiene', dan tidur atau baring hanya setelah 1-2 jam selesai makan. Encik Y menerima saja nasihat tersebut walaupun pada hakikatnya beliau sangat jarang mengamalkan diet ber'cafiene' atau tidur sebaik sahaja selesai makan. Kebiasaannya beliau akan hanya tidur 4 jam setelah selesai makan. Walau bagaimanapun, gejala tersebut masih berterusan.

Pada satu hari sewaktu berbual-bual kosong dengan rakan sekerja, beliau dengan bersahaja memberitahu masalah beliau. Rakan beliau yang pernah mengalami masalah tersebut menyarankan beberapa nasihat dan beliau mematuhinya. Tidak berapa lama kemudian, gejala loya yang beliau alami setiap pagi pun hilang. Apa yang Encik Y buat adalah dengan mengambil hanya sedikit minuman bersusu dan kadang-kadang satu atau dua keping biskut beberapa minit sebelum tidur. Menurut kawan beliau, pengambilan minuman dan makanan ringan (bukan jajan) sebelum tidur dapat menjadi alas perut selama beberapa jam sepanjang waktu tidur. Ini kerana semasa tidur, aktiviti perut masih berjalan seperti biasa dan hakikatnya tubuh masih perlukan makanan sewaktu tidur, cuma ianya terhalang oleh keadaan kita pada waktu itu (tidur). Oleh sebab itu, sewaktu bangun gejala loya datang yang mana merupakan menifestasi biasa bagi orang lapar yang bertahan tidak makan. Keadaan yang sama juga berlaku jika seseorang itu mengambil jumlah makanan yang terlalu banyak sebelum tidur, yang mana jika tidak mengalami 'reflux esophagitis' sekalipun, beliau tetap akan mengalami mual yang teruk disebabkan banyaknya jumlah asid perut yang dirembeskan sewaktu tidur. Walau bagaimanapun, mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa orang yang berpuasa sepanjang siang hari tidak mengalami masalah ini? Penjelasan logiknya kerana keadaan fisiologi badan adalah berlainan pada waktu siang berbanding malam. Terkadang, ilmu Allah ini bukan hanya dapat diperolehi melalui kajian saintifik, tetapi juga melalui pengalaman dan pemikiran logik dan sistematik.