blog ini mengajak 'orang kita' guna otakkk!!! Guna otakkk!!!

membincangkan konsep-konsep lebih kepada bidang perubatan dan mengajak orang ramai kepada kaedah perubatan yang lebih efektif dan 'reasonable'..

Friday, 28 October 2011

KANAK-KANAK & HIDUNG TERSUMBAT

Sesetengah ibu bimbang jika anak mereka mempunyai pernafasan tersumbat dan berbunyi. Kebiasaannya, apabila mereka datang bertemu doktor, mereka mengadu tentang nafas berbunyi yang diikuti dengan perubahan warna biru pada hujung-hujung jari, dan kadang-kadang juga dikaitkan demam yang kuat, "panas dalam" kata mereka. Tidak seperti orang dewasa yang berupaya menggunakan mulut, bayi yang baru dilahirkan bergantung sepenuhnya kepada hidung untuk bernafas sehingga umur mencapai dua ke tiga bulan atau lebih. Seringkali terdengar rintihan ibubapa yang panik melihat keadaan anak dengan hidung tersumbat. Di sini disediakan tips untuk mereka yang mengalami masalah tersebut. Di antara penyebab hidung tersumbat di kalangan bayi ialah udara persekitaran yang kering, alahan pada saluran pernafasan, dan masalah jangkitan. Bagi bayi yang lebih besar dan kanak-kanak pula, kemasukan bendasing (semut, mainan, dll), bengkak kelenjar 'adenoid' (adenoid gland), dan penggunaan spray rawatan yang berlebihan dilihat menjadi penyebab yang utama kepada hidung tersumbat. Rawatan melalui sapuan minyak angin (VICKS, dll) dalam kebanyakan kes dapat melegakan keadaan. Lain-lain kaedah rawatan di rumah termasuklah menyedut hingus terus daripada hidung bayi. Ini mungkin kelihatan jijik, tetapi ianya berkesan bagi kebanyakan orang walaupun risiko kecederaan tidak mustahil boleh berlaku. Ibubapa yang mengalami masalah ini perlu bertenang. Biasanya, rembesan pekat di dalam hidung secara semula jadi akan hilang semasa sesi mandian suam. Selain itu, mereka boleh menggunakan putik kapas untuk mengeluarkan rembesan tetapi mestilah dilakukan dengan hati-hati. Lain-lain kaedah yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan titisan 'normal saline' yang terdapat di kebanyakan farmasi termasuk juga di hospital. Di hospital, bayi anda mungkin diberi sedutan wap biasa (air garam) untuk mencairkan hingus yang pekat. Jangan teragak-agak mendapatkan rawatan daripada yang pakar jika anda mengalami masalah.

No comments:

Post a Comment