Kita sering mendapat cirit-birit apabila tersalah makan. Tapi tahukah kita terdapat beberapa jenis cirit-birit sebenarnya. Untuk memahami cirit-birit, seseorang perlu mengetahui macam mana sebenarnya perut dan usus berfungsi secara normal. Kebanyakan kita mengambil minuman secara purata dua liter sehari. Sebaik sahaja makanan sampai ke bahagian permulaan 'duodenum', cecair yang asalnya dua liter tadi telah bertambah kepada sembilan liter, hasil campuran rembesan daripada kalenjar air liur, perut, usus, kalenjar pankreas, dan hati. Cecair yang banyak ini diserap semula sedikit demi sedikit apabila ia melalui usus kecil (ileum) melalui proses osmosis, sehingga apabila ia tiba di penghujung ileum tadi, jumlah cecair tersebut yang dipanggil 'chyme' kembali kepada satu ke dua liter semula. Di usus besar pula, cecair yang baki tadi diserap lagi sehingga yang tinggal hanyalah 100 ke 150mL sahaja. Maka, kalau keadaan yang normal ini diganggu, maka cirit-birit akan terjadi. Kegagalan usus menyerap zat-zat makanan (chyme) dengan sempurna akan menyebabkan cecair yang mengandungi zat-zat tadi lalu begitu saja tanpa serapan, begitu juga halnya yang terjadi jika terlalu banyak rembesan yang dikeluarkan untuk membantu penyerapan zat-zat makanan tadi. Ini boleh berlaku jika usus tadi dijangkiti kuman yang mengeluarkan racun atau pun apabila terdapat panghasilan hormon di dalam badan yang menggalakkan rembesan usus tadi. Racun atau hormon tadi bertindak dengan merosakkan sel-sel usus yang membantu penyerapan. Ada sesetengah jenis makanan dan ubat-ubatan pula mengandungi bahan yang tidak mudah menyerap seperti susu dan 'lactulose' (sejenis gula). Bahan ini jugalah yang mencegah penyerapan zat-zat makanan tadi daripada terjadi sebelum terhasilnya cirit-birit. Berbanding dengan yang disebabkan jangkitan kuman dan hormon, cirit-birit yang disebabkan bahan tidak mudah menyerap boleh dikurangkan dengan berpuasa. Jika terdapat masalah pada rembesan usus tadi yang menyebabkan penghasilannya menjadi kurang, maka zat-zat makanan tidak dapat diserap dengan sempurna, juga menjadi penyebab berlakunya cirit-birit, atau pun sesetengah bahagian usus telah dibuang (contoh: pembedahan membuang kanser) lalu menyebabkan sel-sel penyerap zat-zat juga berkurangan di dalam badan. Terdapat juga sesetengah penyakit genetik yang menyebabkan usus bengkak sebaik sahaja mengambil makanan tertentu. Kebengkakan ini menyebabkan kuman mudah menyerang dan menghasilkan luka-luka pada usus. Luka-luka tadi berdarah dan bernanah lalu menyebabkan isipadu najis bertambah lalu menyebabkan cirit-birit. Sesetengah penyakit dan ubat-ubatan boleh menyebabkan usus bergerak lebih perlahan berbanding biasa. Pergerakan usus yang perlahan ini menyebabkan zat-zat makanan tersebut dimakan oleh kuman-kuman semula jadi yang terdapat di dalam usus. Kuman-kuman ini menghasilkan gas dan menukarkan zat-zat makanan yang dicerna olehnya tadi dalam bentuk lain lalu menyebabkan cirit-birit. Sebaliknya, jika usus bergerak terlalu pantas pula, seperti yang berlaku dalam sesetengah penyakit, maka boleh juga menjadi penyebab berlakunya cirit-birit.
stethoscope & iPhone
the only two I had...
blog ini mengajak 'orang kita' guna otakkk!!! Guna otakkk!!!
membincangkan konsep-konsep lebih kepada bidang perubatan dan mengajak orang ramai kepada kaedah perubatan yang lebih efektif dan 'reasonable'..
Friday, 27 January 2012
Thursday, 26 January 2012
Headache
Every peoples had headache attack during their life. But little about headache we have in our knowledge. Knowing headache is essential not for educational purposes only. The very important about it lies on what are the life threatening condition may result in headache, and when to take an action. Most of headache are benign condition, only the pain that usually causes much distress to us. Understand headache is not complete without understand what consist of our head. In this uppermost part of our body lies skin, subcutaneous tissue, skull, teeth, nerves, blood vessels, brain and its layers, and a fluid system. Pain is conduct via nerves. The characteristic of the pain suffered gives clue which parts of our head are involved. Sharp shooting, stabbing-like pain is a characteristic of nerves pain, where as, a throbbing pain is a characteristic of arterial pain. A stretch-like aching pain cause by muscle itself and a constant pain is usually bone in origin. Apart from that, the other concept we should not forget is while muscle is causing the pain, the trigger factor must be find out. Pain from strain eyes are cause by muscles involved in controlling the eyes as well as the adjacent muscles. One should know that brain itself have no pain sensorium. The brain gives rise to pain if the layers covering it was too much stretched, either from the bleeding inside, or from any space occupying lesions. It simply explain why non-bleeding stroke have no headache at all, while bleeding stroke can cause severe headache from continuous bleeding. If ever non-bleeding stroke appears to cause headache, the other component like stretching of the brain layer can be the cause resulting from brain swelling. A pressure that developed inside the head usually causes vomiting as in space occupying lesions or glaucoma. Headache associated with rigidity of neck simply explains brain layers involvement. Now, how about a person who have not enough sleep experiences a headache? You see, when a person have sleep deprivation, a brain will send a signal to relax all the muscles especially which control the eyes. At the same time the person try to act in opposite by voluntarily works on that muscle. This contradict action result in pain. At the same time, we need sleep because the brain need sleep. The brain as we know the most oxygen consumer in our body because it continuously work during awake state. So, there is a time where it need rest to utilize an oxygen without need to work. Lack of oxygen itself can cause headache. So, sometimes there is one triggering factor which initiate all the headache process involving many parts in the head. Here, tell us that apart from knowing which parts of our head causing headache, knowing the triggering factor is very much important. Most of our headache is actually arise from how we conduct our lifestyle. You may find out that headache is common in peoples who are smoking, have sleep deprivation, having persistent cough, involve in so much stress from work, etc, and imbalance habit (too much caffeine intake, too much sex, too much facing laptop screen, etc). So, if you experience a headache, try to think what are the unusual things had come to me recently? Is it because the medication? The workload? Overactivity? Once know the trigger, try to avoid it for a few days and see the difference. It is advisable to make a diary so that you may easily trace the cause. Another variant of headache may results such as migrain, cluster headache, temporal arteritis, etc. Each of them has their own characteristic easily to identify.
Monday, 23 January 2012
Survival!
I would like you to imagine what if one day there is a world war and you unluckily live at that time in between those mess. Most of building including our houses are destroyed, and no hotel available to check in. Water supply DISRUPTED because the opponent has well plan strategies by bombing all our water dam. Nothing more important at that time other than to save our own life as well as our close relative. At that time, we will never have other to think about like 'which cinema should I spend my time this evening?' or 'is there any Starbuck nearby to for me to hang around?'. Or 'should I buy iPhone 4s or just wait for another new iPhone coming out next year?'. These all form of useless thought will never happened. We only concern about 'where should I sleep tonight?' or 'what am I going to eat tomorrow?' or 'where can I found a clean water to drink and to bathe myself?', or 'did I have enough cloth to wear?' Yes, nothing more important than food and water, cloth, and a house. We will find out that everything much important before like gadget, a car, a piece of land, massage chair, television are nothing at that time. Perhaps one may still think about gadget, in order to hack an army system, but I forget to mention even satellite and wifi are not available at that time. Owh please guys, it still possible the satellites will broke! Suddenly I wish I have everybody around to support each other. I wish one of them is an army himself, a contractor, a scout (he should know where to find a source of clean water), an 'ustaz' (must know to speak fluent Arabic), a doctor, and a woman, so if anything happen, should nothing left, I can built my own community and start a new human era. Off course, you can be an ignorance who care less of your neighbors or friends for right now but I don't think that would be the major issue in a world war. If you wish to survive, you should wish to possess all the knowledge and capable to use it anytime, and to make it happen, you must everyday practice or to a lesser extend to remind each other every second, every minute. Some one may ask, why must you have all of this to survive, but at the end whether you like it or not, you will die? My answer is 'that's why the ustaz is included in my wish list to help me prepare the live in next world'. Should you currently live in doubt, unable to decide what am I going to do in this real life (or fake life?), trace you way back to the basic, which is 'how am I going to survive in these worlds?'. In this article, I try to find out what is the basic thing we must have within, the Allah worshiper spirit that guide us from the time we were born until we were buried underground.
Saturday, 21 January 2012
BATUK
Anda kerap batuk? Adakah anda fikir yang anda menghidap TB (tuberkulosis)? Bukan semua batuk disebabkan oleh TB. Batuk juga boleh terjadi sewaktu makan apabila makanan secara tidak sengaja termasuk ke salur pernafasan. Jika anda makan sambil bercakap, anda sedang menggunakan dua salur iaitu salur makan (esofagus), dan salur pernafasan (trakea). Penggunaan kedua-dua salur dalam masa yang sama meningkatkan risiko makanan untuk masuk ke paru-paru. Salur pernafasan secara amnya terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu farink (pharynx), larink (larynx), trakea (trachea), bronkus (bronchus), dan bronkiol (bronchiol). Pada salur larink, trakea, dan bronkus, terdapat reseptor-reseptor penting yang menghantar maklumat ke otak supaya batuk. Ianya terletak di bawak lapisan permukaan salur pernafasan itu tadi. Apabila makanan masuk ke salur pernafasan, terdapat dua reseptor yang akan diaktifkan sebaik makanan menyentuh salur pernafasan, iaitu 'myelinated RAR' (rapidly adapting receptor) dan 'unmyelinated C-fibre receptor'. RAR berhubungan terus ke saraf 'vagus' dan otak yang mana mengaktifkan batuk sebaik rangsangan dikenakan secara terus. Reseptor C-fibre pula apabila diransang, tidak terus bertindak terhadap proses batuk, sebaliknya ia akan merembeskan bahan kimia yang dipanggil 'neuropeptides'. Penghasilan neuropeptides ini akan meransang RAR untuk mengaktifkan batuk. Dalam masa yang sama juga, Reseptor C-fibre tadi ada berhubungan dengan bahagian otak yang menghalang batuk. Maka apakah sebenarnya fungsi C-fibre tadi? Kesimpulan dibuat bahawa, jenis-jenis batuk yang terjadi bergantung kepada satu proses yang kompleks di antara reseptor C-fibre dan RAR untuk menghasilkan jenis-jenis batuk yang berlainan bersesuaian dengan agen-agen (makanan yang tersedak, dll) yang meransang reseptor-reseptor itu tadi.
LETIH LESU & LEMAH
Saya memahami letih sebagai orang yang tidak bermaya untuk meneruskan pekerjaan akibat dirasakan tidak bertenaga. Lesu pula sebagai orang yang tidak bermaya yang dirasakan walaupun sewaktu tidak membuat sebarang pekerjaan. Letih dan lesu termasuk dalam kategori tidak bermaya dan kedua-duanya disebabkan oleh kekurangan tenaga. Sementelah letih dan lesu memberi maksud yang subjektif, lemah pula memberi maksud yang objektif. Seperti perlawanan gusti lengan antara dua orang berakhir dengan kekalahan salah satu di antara keduanya dan yang kalah terbukti lemah jika dibandingkan dengan yang menang. Maka, sebagai contoh, jika seseorang itu mengatakan yang dia mengalami keletihan dan kelesuan, tidak bermakna yang dia lemah kerana setelah diuji didapati dia masih mampu mengangkat beban yang berat. Cuma itu ialah apa yang dirasainya iaitu letih dan lesu sahaja. Jika anda masih muda dan mengalami letih lesu, anda mungkin dianggap kurang motivasi jika ujian kekuatan membuktikan anda tidak lemah. Ketiga-tiga letih, lesu, dan lemah boleh sahaja wujud serentak seperti ketika berpuasa. Tetapi sebenarnya, motivasi diri adalah segala-galanya pada waktu itu. Hari Isnin dirasakan letih dan lesu bagi kebanyakan orang untuk memulakan sesi pekerjaan pada minggu tersebut walaupun pada hakikatnya mereka semua sihat, tetapi akibat daripada kurangnya motivasi diri. Lemah boleh terjadi tanpa kehadiran letih dan lesu, yang mana terjadi jika kita tidak mempunyai jumlah garam yang mencukupi di dalam tubuh badan. Pesakit 'hypokalemia' didapati panik apabila gagal mengangkat kaki dan berjalan walaupun berusaha dengan sepenuh hati dan tenaga, maka ini yang dipanggil lemah. Kebanyakan mereka yang mengadu lemah badan perlu dibezakan dengan letih dan lesu atas sebab-sebab yang telah dinyatakan sebentar tadi. Letih lesu dikaitkan dengan tiada tenaga yang terhasil. Tenaga dalam tubuh badan diperolehi melalui gula dalam bentuk karbohidrat dan lemak. Protein juga boleh bertukar menjadi gula tetapi prosesnya lambat. Gula yang efektif biasanya hadir dalam bentuk karbohidrat. Maka, kekurangan tenaga boleh terjadi akibat kekurangan gula. Ia juga boleh terjadi akibat kegagalan sel-sel tisu badan menggunakan gula seperti penyakit diabetes jenis II, atau disebabkan kekurangan agen (insulin) yang membantu penyerapan gula ke sel-sel seperti pesakit diabetis jenis I, atau penghasilan insulin yang berlebihan dalam penyakit ketumbuhan 'insulinoma', atau penggunaan gula yang berlebihan disebabkan oleh proses metabolisma yang pantas seperti yang terjadi dalam 'hyperthyroid', atau disebabkan proses metabolisma yang lembab seperti yang terjadi dalam 'hypothyroidism'. Tenaga juga terhasil daripada proses metabolisma oksigen. Maka sebarang penyakit yang menganggu kelancaran oksigen ke sel-sel badan boleh mengakibatkan keletihan, seperti yang berlaku pada penghidap penyakit paru-paru kronik, pesakit kegagalan jantung, pesakit anemia, dan sebagainya. Selain itu, dengan memahami anatomi manusia, maka kita dapat menajamkan lagi pemahaman kita tentang tajuk yang sedang diperbincangkan. Organ-organ yang terlibat dalam menghasilkan upaya adalah seperti otot, urat saraf, sinaps (synapse; junction between muscle and neuron), saraf tunjang, dan otak. Maka sebarang penyakit yang melibatkan salah satu daripada bahagian-bahagian di atas akan menyebabkan simptom letih, lesu, dan lemah. Klu-klu boleh didapati jika terdapat kerosakan pada bahagian-bahagian tersebut. Jika urat saraf mengalami masalah, maka anggota yang terlibat akan merasa kebas atau lenguh. Jika bahagian sinaps yang bermasalah, otot-otot akan menjadi letih jika digunakan secara kerap dan lama seperti sewaktu memandu kereta dan melihat pada cermin pandang belakang. Jika saraf tunjang yang mengalami masalah, keadaan lemah dan kebas dirasai separuh badan pada bahagian bawah. Jika otak yang mengalami masalah, maka fungsi otak yang lainnya mungkin turut terjejas, seperti mengingat, berfikir logik, menelan makanan, melihat, dan sebagainya. Kebanyakan warga tua yang mengadu letih, lesu dan lemah mempunyai kombinasi kesemua tadi. Pada usia tersebut, mereka mungkin salah seorang penghidap diabetes (kencing manis), atau mempunyai selera makan yang kurang (kurang zat makanan), atau keadaan penyerapan oleh usus yang tidak efektif, atau jantung mereka sudah tidak kuat, atau mereka mendapat penyakit paru-paru kronik (COAD) akibat kerap merokok sewaktu muda, atau hanya kurang motivasi diri (tekanan dan masalah dengan anak-anak), atau kekurangan darah yang kronik (disebabkan ulser di perut kerana mengambil pil tahan sakit secara berlebihan), dan lain-lain faktor. Cuma beberapa perkara perlu dikenalpasti terutamanya jika masalah tersebut disebabkan oleh angin ahmar, atau garam di dalam tubuh yang tidak seimbang atau mencukupi. Selainnya mudah untuk dikenalpasti melalui pemeriksaan yang rutin dan ujian darah yang mudah. Semua kita boleh mengalaminya, tetapi haruslah berwaspada jika ianya terjadi secara tiba-tiba, atau menghilangkan upaya untuk berdikari atau mengganggu tidur, atau disertai tanda-tanda pelik seperti meracau, tabiat tidak normal, demam yang kuat, atau tidak respon apabila dipanggil, atau apa sahaja yang merunsingkan, maka bawalah pergi berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Penyakit-penyakit yang menyebabkan letih ,lesu dan lemah adalah banyak, tetapi konsepnya adalah tetap sama. Memahami konsep sudah cukup untuk meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya menjaga kesihatan.
PENING KEPALA
Pening kepala dalam istilah perubatan membawa maksud dizziness, giddiness, atau 'vertigo'. Dizziness dan giddiness membawa maksud yang lebih kurang sama. Tetapi vertigo mempunyai maksud yang sangat berlainan. Untuk mudah memahami, bayangkan anda berpusing pada satu paksi selama beberapa saat dan kemudian berhenti secara tiba-tiba. Kemudian anda mengambil beberapa langkah berjalan. Anda akan berasa ketidakstabilan pada waktu itu, dan itulah yang dipanggil vertigo! Vertigo juga sama seperti istilah 'mabuk laut' yang sering diguna pakai. Giddiness dan dizziness pula ialah seperti kepala yang dirasakan ringan, berlaku pada bila-bila masa terutama sewaktu berubah posisi secara tiba-tiba daripada baring atau duduk kepada posisi berdiri. Syncope pula istilah lain yang digunakan untuk mewakili apa yang dipanggil pengsan, manakala 'pre-syncope' pula membawa maksud 'gelap mata'. Kedua-dua syncope dan presyncope juga boleh berlaku sewaktu berubah posisi dan kedudukan. Jika anda sudah 'familiar' dengan istilah-istilah tersebut, maka mudah bagi anda berkomunikasi dengan doktor yang merawat anda.
Sebenarnya, sewaktu berubah posisi daripada baring atau duduk, kepada keadaan berdiri, anda mengalami kebanyakan proses di atas. Bermula daripada giddiness/dizziness, kepada pre-syncope, seterusnya kepada syncope. Ada tiga anatomi yang memainkan peranan iaitu, urat saraf (nerve), pembuluh darah (blood vessel), jantung, dan otak. Kadang-kadang kekurangan gula yang sederhana juga boleh menyebabkan keadaan yang sama. Mari kita bayangkan diri kita sebagai orang tua. Orang tua mempunyai pergerakan yang lambat. Refleks mereka lambat (bahaya kalau bawa kenderaan). Mereka memerlukan masa untuk bergerak, tidak seperti orang muda. Di dalam tubuh badan manusia, terdapat sistem saraf yang mengawal jumlah darah yang diperlukan seseorang bergantung kepada aktiviti yang dilakukan pada waktu itu. Jumlah darah yang diperlukan sewaktu berlari adalah lebih berbanding sewaktu berjalan. Begitu juga darah yang diperlukan sewaktu berjalan adalah lebih berbanding berdiri, duduk, dan baring. Sewaktu berlari, otot-otot memerlukan lebih zat dan oksigen yang dibawa oleh darah. Maka urat saraf bertindak mengesan perubahan ini melalui signal yang dipancarkan daripada otot-otot tadi dalam bentuk kimia di dalam darah. Signal tersebut dikesan oleh urat saraf yang mengawal pembuluh-pembuluh darah dan jantung. Jantung akan bertindak menguat dan meningkatkan jumlah tekanan. Diameter salur darah pula akan mengecil. Kesemua proses ini akan meningkatkan jumlah darah kepada otot-otot. Kesemua proses ini berlaku dalam kesemua aktiviti termasuk berfikir, berdiri, dan sebagainya, cuma sedikit berlainan antara satu sama lain tetapi konsepnya tetap sama. Sewaktu bangun daripada tidur, jika anda terus berdiri, graviti akan menarik darah ke bawah. Bahagian atas badan seperti otak mengesan perubahan ini dan menghantar signal kepada saraf seperti yang telah dijelaskan tadi. Bezanya cuma pada usia senja, proses tersebut menjadi lambat, dan akibatnya, otak yang kekurangan darah akan mengalami pening (giddiness/dizziness), dan jika proses pembekalan darah ini tidak berjalan seperti biasa, maka presyncope akan datang, diikuti syncope. Sama seperti rasa kebas yang dialami oleh kaki atau tangan akibat kekurangan darah, cuma bezanya ia dialami oleh otak dalam bentuk yang berlainan.
Vertigo pula lain ceritanya. Di dalam telinga, terdapat satu saluran yang membantu keseimbagan yang dipanggil 'labyrinth'. Di dalam saluran tersebut terdapat cecair yang berfungsi mengawal keseimbangan. Ia dikatakan sebagai alat bagi otak untuk menterjemahkan keseimbangan di persekitaran, sama seperti mata sebagai alat untuk otak menterjemahkan penglihatan, dan hidung sebagai alat untuk otak menterjemahkan bau-bauan. Jika terdapat masalah pada bahagian saluran ini, maka vertigo akan berlaku! Masalah boleh berpunca daripada kerosakan akibat trauma (kemalangan jalan raya, jatuh, dll), penuaan, serangan jangkitan, dan sebagainya. Di antara yang popular ialah yang dipanggil BPPV (benign paroxysmal positional vertigo). Ia berlaku apabila terdapat pembentukan kristal pada cecair dalam saluran yang mengawal keseimbangan tadi. Atau bulu halus di dalam saluran tersebut yang berfungsi sebagai agen penerima signal di antara cecair dan urat saraf didapati tertanggal dan terapung apung di dalam cecair tersebut. Kedua-dua keadaan tersebut memberikan isyarat yang salah kepada otak. Otak menterjemahkannya sebagai tidak seimbang dan itulah yang dialami oleh penghidapnya ketika itu, iaitu 'vertigo'. Selain itu, kecacatan pada labyrinth juga boleh terjadi di mana satu saluran terbentuk (akibat jangkitan, trauma, dll) yang dipanggil 'fistula' dan mengakibatkan vertigo. Oleh sebab otak yang menterjemahkan vertigo, maka vertigo juga boleh berlaku jika masalah berlaku pada otak itu sendiri, yang mana ia adalah serius. Angin ahmar (stroke) ialah antara penyebabnya. Maka, ciri-ciri angin ahmar perlu dikenalpasti kerana terdapat beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan bagi penghidap angin ahmar. Tajuk angin ahmar perlu diperbincangkan pada sesi yang lain kerana rangkumannya adalah luas.
Anda perlu dibawa berjumpa doktor jika pening kepala tersebut disertai dengan hilang ingatan, tingkah-laku yang tidak normal, lemah pada badan (terutama separuh badan; kiri atau kanan), demam yang kuat, pengsan, masalah penglihatan, sakit yang kuat pada kepala, atau apa sahaja simptom-simptom yang merunsingkan anda.
Anda perlu dibawa berjumpa doktor jika pening kepala tersebut disertai dengan hilang ingatan, tingkah-laku yang tidak normal, lemah pada badan (terutama separuh badan; kiri atau kanan), demam yang kuat, pengsan, masalah penglihatan, sakit yang kuat pada kepala, atau apa sahaja simptom-simptom yang merunsingkan anda.
Tuesday, 17 January 2012
TERSANGKUT TULANG IKAN PADA TEKAK
Tentu anda biasa mengalaminya bukan? Tengah syok makan tiba-tiba tersangkut tulang ikan kat tekak. Gelabah jugak la mula-mula tu. Lebih-lebih lagi kalau tulang ikan tu besar. Tak pun tulang ayam! Aku pernah jumpa sorang mamat tu tertelan tutup botol dan tersangkut pada tekak. Bunyi macam lembu kena sembelih pun ada. Panik!
Sebenarnya tak perlu gelabah pun. Cuba bertenang dan fikirkan cara untuk mengeluarkannya. Di antara cara yang paling berkesan ialah menelan sekepal nasi. Atau pun pisang. Biasanya ia akan hilang. Tetapi kadang-kadang tulang tu sudah pun masuk ke dalam perut, tapi kesan masih dirasai. Kalau tekak sudah luka, rasa sakit tetap ada tapi kebiasaannya jika rasa tulang masih ada, bererti memang ada tulang lagi di situ.
Biasa kalau terjadi pada aku, aku akan bersabar dan menganggap ia sebagai ujian dan meminta Allah mengurangkan beban yang ditanggung. Kemudian aku akan cuba cara di atas. Kalau gagal, aku akan ke hospital dan meminta staf kecemasan melihat terus melalui laryngoscope ke dalam tekak. Tetapi biasanya 'failed' jugak. Kemudian, mereka akan meminta supaya x-ray leher dibuat yang mana aku tak akan setuju. Aku rela minta tangguh untuk dua atau tiga hari dengan harapan tulang tu akan lembut dan tertelan dengan sendirinya. Kebiasaannya ia akan berkesan. X-ray leher pandangan sisi biasa dibuat pada leher mangsa tercekik tulang ikan walaupun mereka stabil. Mungkin ada yang pelik sebab tulang ikan terlalu jarang nampak pada x-ray, dan kalau ada yang menyerupai tulang ikan pun, ianya mungkin kesan proses pengerasan ('calcification') pada tulang rawan tekak tiroid (thyroid cartilage) yang biasa terjadi apabila meningkat usia.
Alasan mengapa x-ray perlu dibuat ialah kerana; pertama, ia melibatkan undang-undang (medicolegal) yang mana itu sahaja pilihan terbaik yang ada pada waktu itu untuk melihat tulang ikan yang tersekat jauh ke dalam tekak. Kedua, cubaan berkali-kali untuk mengeluarkan tulang tersebut sebelum tiba di hospital mungkin akan menyebabkan kesan kecederaan pada tisu-tisu tekak yang dipanggil 'pharyngeal perforation' atau 'esophageal perforation', yang mana tulang tersebut menembusi tisu saluran tekak atau pencernaan. Keadaan ini boleh dilihat jelas melalui x-ray leher. Berbalik pada cerita aku, dua atau tiga hari kemudian, tiada lagi rasa sakit dirasai. Boleh juga kita cuba menelan minyak zaitun (kalau ada ler), atau cuka. Kedua-dua bahan ini terbukti dapat melembutkan tulang ikan tersebut. Tulang ayam? Tulang lembu? Tak pasti. Kena cuba rendamkan tulang-tulang tersebut dalam minyak zaitun atau cuka dulu baru boleh tau..
Aku tak akan telan antibiotik jika ada doktor yang bagi. Katanya mahu elak terjadinya nanah pada bahagian tekak. Pada aku tak 'relevan'. Sebabnya tubuh badan aku pun boleh lawan kuman kan, mengapa pula nak kena makan antibiotik? Lainlah kalau aku ada kencing manis ke, itu lain cerita.
Sebenarnya sebarang bendasing yang tersangkut pada tekak kita, sama ada tulang ikan, atau penutup botol, atau bateri (biasa pada budak-budak) perlu dibuang dengan segera walaupun ianya tidak menyakitkan. Kerana ia berpotensi untuk menyebabkan tisu-tisu disekitarnya koyak, atau mati (necrosis), atau menyebabkan jangkitan bakteria dan bernanah, atau menyebabkan nafas terganggu dan tersekat. Maka wajarlah jika kita dirujuk kepada pakar ENT (Ear, Nose & Throat) untuk tindakan selanjutnya. dapatkan bantuan doktor kecemasan jika nafas anda terganggu, atau pendarahan yang banyak berlaku pada bahagian yang sakit itu.
Apabila tiba waktu temujanji dengan pakar ENT (doktor biasa juga yang tengok), apakah yang kita fikir mereka akan lakukan? Kebiasaannya mereka akan menggunakan alat yang dipanggil 'nasopharyngeal laryngoscope' atau 'mirror laryngoscope' atau 'fiberoptic nasopharyngoscope'. Di antara ketiga-tiga alatan tersebut, 'fiberoptic nasopharyngoscope' adalah yang paling canggih. Keadaan dalam tekak akan dapat dilihat terus melalui kamera kecil yang dipasang pada hujung alat tadi dan dipaparkan ke skrin TV. Mereka akan melihat terus tulang tersebut dan membuangnya. Pada masa akan datang, diharap 'fiberoptic nasopharyngoscopy' akan menjadi satu rutin biasa di dalam unit kecemasan memandangkan ianya senang dilakukan dan berkesan.
Subscribe to:
Comments (Atom)

