blog ini mengajak 'orang kita' guna otakkk!!! Guna otakkk!!!

membincangkan konsep-konsep lebih kepada bidang perubatan dan mengajak orang ramai kepada kaedah perubatan yang lebih efektif dan 'reasonable'..

Wednesday, 11 January 2012

RUAM BADAN

Farid, 26 tahun mengalami demam panas selama empat hari. Dalam tempoh tersebut, ianya paling dirasai menjelang malam. Dalam pada itu, dia juga mengalami sakit kepala dan sendi-sendi yang berlarutan sepanjang tempoh tersebut. Didapati timbul ruam yang kemerah-merahan di serata badannya. Mungkinkah dia menghidap dengi? Dia mengambil keputusan untuk berjumpa doktor memandangkan ianya tidak juga sembuh dengan sisa ubat di rumah. Kita semua mungkin pernah mengalami setuasi seperti di atas. Kebiasaannya ruam badan disrtai demam, sakit tekak, dan sakit di bahagian sendi-sendi adalah disebabkan oleh jangkitan virus. Virus ialah sejenis kuman yang tidak dapat hidup dan membiak dengan sendirinya. Virus memerlukan 'perumah' atau sel-sel makhluk lain untuk membantunya membiak. Sel-sel yang dijangkiti virus kebiasaannya akan dimusnahkan oleh sistem imuniti badan yang dijangkiti. Simptom-simptom yang dialami seseorang bukan sahaja disebabkan oleh jangkitan virus tersebut, tetapi juga disebabkan oleh proses tindak-balas imuniti yang berlaku. Ruam kemerah-merahan yang terjadi dipercayai berpunca daripada proses tindak-balas imuniti kerana sel-selnya tidak termusnah, tetapi hanyalah menifestasi sementara sahaja, begitu juga dengan demam, sakit tekak, dan sakit sendi-sendi. Di antara demam beserta ruam yang ditakuti ialah dengi. Jangkitan dengi tidak dapat didiagnos melainkan setelah sampel darah diambil. Kita boleh dikatakan menghidap dengi jika kita mengalami demam kuat yang berlarutan selama lima hari di samping simptom-simptom tipikal virus seperti yang telah diterangkan. Selain itu, kita juga sedia maklum jikalau terdapat jiran-jiran kita yang disahkan menghidap dengi semenjak kebelakangan ini, ataupun rakan-rakan di tempat kerja, atau di pusat-pusat penjagaan anak-anak, atau di sekolah-sekolah, yang mana bererti kita juga berisiko menghidapinya pada waktu ini. Selain itu, simptom-simptom amaran adalah seperti sakit ulu hati, serta loya dan muntah-muntah.  Sesetengah keadaan yang teruk akan menyebabkan kesan pada jantung dan paru-paru. Jangkitan dengi juga akan menyebabkan kurangnya sel darah putih yang dipanggil 'platelets', yang mana ianya memainkan peranan penting dalam proses pembekuan darah. Maka, seseorang yang dijangkiti dengi menghadapi risiko pendarahan yang serius akibat kekurangan platelets. Walau bagaimanapun, kajian mendapati, kadar/tahap kekurangan platelets ini tidak berkaitan dengan ke'serius'an pendarahan yang dialami pesakit. Sesetengah pesakit yang mengalami pendarahan yang serius akibat dengi didapati mempunyai kadar platelets yang tidak terlalu rendah, manakala ada pesakit yang tidak mempunyai masalah pendarahan didapati mempunyai jumlah platelets yang membimbangkan. Ini menunjukkan bahawa proses pendarahan yang berlaku bukan hanya disebabkan faktor kurangnya platelets, tetapi juga disebabkan oleh proses penyah'aktif'an platelets tersebut. Jenis pendarahan yang berlaku akibat jangkitan dengi adalah seperti pendarahan spontan pada gusi atau sewaktu memberus gigi, hidung berdarah, pendarahan bawah kulit yang dipanggil 'petechia' (saiznya kecil) atau 'purpura' (saiznya besar sedikit), atau pendarahan yang banyak ketika datang haid. Oleh itu, sentiasalah berwaspada jika anda mengalami ruam badan dan demam, kerana di sebaliknya anda mungkin berisiko menghidap dengi.

No comments:

Post a Comment