blog ini mengajak 'orang kita' guna otakkk!!! Guna otakkk!!!

membincangkan konsep-konsep lebih kepada bidang perubatan dan mengajak orang ramai kepada kaedah perubatan yang lebih efektif dan 'reasonable'..

Sunday, 15 January 2012

Diagnos diri anda!

Anda tidak perlu menjadi seorang doktor untuk mengetahui sakit yang sedang anda alami. Setiap yang berlaku ada sebab-sebabnya. Cuba bayangkan anda sekarang berumur lima tahun! Sewaktu umur tersebut, banyak persoalan yang bermain-main di minda anda yang menantikan jawapan yang logik dan bernas. Anda akan bertanya, "ayah, dari mana bayi datang?" Jika ayah anda menjawab, "dari perut ibu", soalan selanjutnya yang anda akan tanya ialah, "bagaimana perut ibu boleh ada bayi?" Maka ayah anda akan menjawab, "ayah yang bagi" Anda bertanya lagi' "bagaimana ayah bagi?" Maka ayah anda pun terdiam memikirkan jawapan yang logik dan bernas. Memang sukar melayan kerenah si kecil. Baiklah, kita tinggalkan sebentar kisah ini. 

Topik kesihatan manusia sangatlah luas. Daripada penyakit yang dialami sehinggalah kepada kaedah rawatan yang sesuai, semuanya memerlukan kajian ilmu yang mendalam. Simptom-simptom yang dialami boleh dikenal pasti dengan mudah jika kita mengetahui bagaimana ianya berlaku. 

Jika kita mengalami gatal-gatal di badan, cuba fikir sebentar, di bahagian mana ianya terjadi. Di bahagian perut? Leher? Tangan? Celah kelengkang? Bawah ketiak? Kulit kepala? Atau tiada tempat yang spesifik? Gatal di bahagian tertentu memberi maksud terdapat masalah pada bahagian tersebut. Tempat tersebut mungkin dijangkiti kuman, atau tindak-balas alahan. Terdapat beberapa jenis penyakit kulit yang menyebabkan gatal, di antaranya ialah kurap (tinea), kudis buta (scabies), alahan yang disebabkan gigitan serangga atau barang perhiasan (gelang, cincin, dll) dan pakaian (sarung tangan, stokin, dll), cengkering (chiken pox), dan follicilitis (jangkitan akar rerambut). Gatal-gatal yang dialami pada bahagian tersebut akan menunjukkan keadaan kulit yang tidak normal pada bahagian tersebut. Maka, jika anda gatal pada kulit, lihatlah apa yang berlaku pada kulit tersebut sebelum menggaru. Ini kerana setelah berkali-kali menggaru, kesan asal pada kulit tersebut akan hilang dan diganti dengan kulit rosak akibat 'garu'an (macam pelik bunyinya).

Kurap akan menunjukkan dengan jelas seperti peta atau seakan-akan cincin yang jelas di bahagian tepinya. Lama-kelamaan, ianya akan membentuk bulatan yang besar dan meninggalkan keadaan kulit di bahagian tengahnya kembali normal. Kurap tersangatlah gatal (pengalaman penulis), begitu juga dengan kesan akibat alahan. Tetapi alahan yang disebabkan kulit sensitif mempunyai beberapa peringkat yang perlu difahami. Pada mula ianya kemerah-merahan. Kemudian ia akan mengeluarkan kudis yang mengandungi cecair. Akibar menggaru, kudis tersebut akan pecah dan cecair pun merengsakan kulit di sekitar dan menambahkan lagi kegatalan tersebut. Kulit yang digaru lama-kelamaan akan menebal dan menggerutu. Semuanya disebabkan sistem imuniti badan kita sendiri.

Kelemumur bukanlah satu penyakit yang boleh diberi kategori. Umpama kelemumur ialah seperti seseorang yang berpeluh. Berpeluh tidak akan mengganggu seseorang jika ianya tidak keterlaluan dan terbatas. Ia menjadi masalah jika seseorang itu kerap berpeluh dengan banyak walaupun aktiviti yang dilakukan tidak seberat mana atau emosinya pada waktu itu didapati stabil, atau peluh tersebut mengakibatkan kegatalan pada badan. Begitu juga dengan kelemumur. Ia merupakan satu 'keadaan' di mana seseorang itu mengalami gatal di samping habuk keputihan (flake) yang terhasil dengan banyaknya pada kulit kepala. Ia boleh dikawal dengan mudah melalui syampu kelemumur yang boleh didapati di kedai-kedai dan farmasi. Bila perlu berjumpa doktor? Hanya apabila syampu yang dibeli gagal mengawal keadaan simptom-simptom anda. Ini kerana terdapat banyak penyebab kelemumur yang perlu dirawat. Maka, jika anda gatal pada kulit kepala, fikirkan kelemumur. Penyebab-penyebab lain kegatalan pada kulit kepala ialah kurap, dan lain-lain (seperti yang disebut di atas).

Cengkering (chiken pox) ialah jangkitan virus melalui udara, kebiasaannya terjadi akibat bersentuhan atau berdekatan dengan penghidap 'chiken pox'. Jika anda mengalami demam dan gatal-gatal badan, fikirkan 'chiken pox'. Kerana pada awal jangkitan 'chiken pox', kudis-kudis yang mengandungi cecair pada kulit belum lagi kelihatan. Hanya pada keesokan atau beberapa hari kemudian sahaja kudis-kudis tadi akan muncul. Perlu diingatkan bahawa 'chiken pox' tidak menjangkiti kulit, tetapi ia, seperti virus-virus lain, akan memulakan tindak balas imuniti badan dalam menentang penyakit, yang seterusnya mengakibatkan demam, kerengsaan kulit, dan sebagainya.




No comments:

Post a Comment