blog ini mengajak 'orang kita' guna otakkk!!! Guna otakkk!!!

membincangkan konsep-konsep lebih kepada bidang perubatan dan mengajak orang ramai kepada kaedah perubatan yang lebih efektif dan 'reasonable'..

Friday, 27 January 2012

CIRIT-BIRIT


Kita sering mendapat cirit-birit apabila tersalah makan. Tapi tahukah kita terdapat beberapa jenis cirit-birit sebenarnya. Untuk memahami cirit-birit, seseorang perlu mengetahui macam mana sebenarnya perut dan usus berfungsi secara normal. Kebanyakan kita mengambil minuman secara purata dua liter sehari. Sebaik sahaja makanan sampai ke bahagian permulaan 'duodenum', cecair yang asalnya dua liter tadi telah bertambah kepada sembilan liter, hasil campuran rembesan daripada kalenjar air liur, perut, usus, kalenjar pankreas, dan hati. Cecair yang banyak ini diserap semula sedikit demi sedikit apabila ia melalui usus kecil (ileum) melalui proses osmosis, sehingga apabila ia tiba di penghujung ileum tadi, jumlah cecair tersebut yang dipanggil 'chyme' kembali kepada satu ke dua liter semula. Di usus besar pula, cecair yang baki tadi diserap lagi sehingga yang tinggal hanyalah 100 ke 150mL sahaja. Maka, kalau keadaan yang normal ini diganggu, maka cirit-birit akan terjadi. Kegagalan usus menyerap zat-zat makanan (chyme) dengan sempurna akan menyebabkan cecair yang mengandungi zat-zat tadi lalu begitu saja tanpa serapan, begitu juga halnya yang terjadi jika terlalu banyak rembesan yang dikeluarkan untuk membantu penyerapan zat-zat makanan tadi. Ini boleh berlaku jika usus tadi dijangkiti kuman yang mengeluarkan racun atau pun apabila terdapat panghasilan hormon di dalam badan yang menggalakkan rembesan usus tadi. Racun atau hormon tadi bertindak dengan merosakkan sel-sel usus yang membantu penyerapan. Ada sesetengah jenis makanan dan ubat-ubatan pula mengandungi bahan yang tidak mudah menyerap seperti susu dan 'lactulose' (sejenis gula). Bahan ini jugalah yang mencegah penyerapan zat-zat makanan tadi daripada terjadi sebelum terhasilnya cirit-birit. Berbanding dengan yang disebabkan jangkitan kuman dan hormon, cirit-birit yang disebabkan bahan tidak mudah menyerap boleh dikurangkan dengan berpuasa. Jika terdapat masalah pada rembesan usus tadi yang menyebabkan penghasilannya menjadi kurang, maka zat-zat makanan tidak dapat diserap dengan sempurna, juga menjadi penyebab berlakunya cirit-birit, atau pun sesetengah bahagian usus telah dibuang (contoh: pembedahan membuang kanser) lalu menyebabkan sel-sel penyerap zat-zat juga berkurangan di dalam badan. Terdapat juga sesetengah penyakit genetik yang menyebabkan usus bengkak sebaik sahaja mengambil makanan tertentu. Kebengkakan ini menyebabkan kuman mudah menyerang dan menghasilkan luka-luka pada usus. Luka-luka tadi berdarah dan bernanah lalu menyebabkan isipadu najis bertambah lalu menyebabkan cirit-birit. Sesetengah penyakit dan ubat-ubatan boleh menyebabkan usus bergerak lebih perlahan berbanding biasa. Pergerakan usus yang perlahan ini menyebabkan zat-zat makanan tersebut dimakan oleh kuman-kuman semula jadi yang terdapat di dalam usus. Kuman-kuman ini menghasilkan gas dan menukarkan zat-zat makanan yang dicerna olehnya tadi dalam bentuk lain lalu menyebabkan cirit-birit. Sebaliknya, jika usus bergerak terlalu pantas pula, seperti yang berlaku dalam sesetengah penyakit, maka boleh juga menjadi penyebab berlakunya cirit-birit. 

No comments:

Post a Comment