Anda kerap batuk? Adakah anda fikir yang anda menghidap TB (tuberkulosis)? Bukan semua batuk disebabkan oleh TB. Batuk juga boleh terjadi sewaktu makan apabila makanan secara tidak sengaja termasuk ke salur pernafasan. Jika anda makan sambil bercakap, anda sedang menggunakan dua salur iaitu salur makan (esofagus), dan salur pernafasan (trakea). Penggunaan kedua-dua salur dalam masa yang sama meningkatkan risiko makanan untuk masuk ke paru-paru. Salur pernafasan secara amnya terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu farink (pharynx), larink (larynx), trakea (trachea), bronkus (bronchus), dan bronkiol (bronchiol). Pada salur larink, trakea, dan bronkus, terdapat reseptor-reseptor penting yang menghantar maklumat ke otak supaya batuk. Ianya terletak di bawak lapisan permukaan salur pernafasan itu tadi. Apabila makanan masuk ke salur pernafasan, terdapat dua reseptor yang akan diaktifkan sebaik makanan menyentuh salur pernafasan, iaitu 'myelinated RAR' (rapidly adapting receptor) dan 'unmyelinated C-fibre receptor'. RAR berhubungan terus ke saraf 'vagus' dan otak yang mana mengaktifkan batuk sebaik rangsangan dikenakan secara terus. Reseptor C-fibre pula apabila diransang, tidak terus bertindak terhadap proses batuk, sebaliknya ia akan merembeskan bahan kimia yang dipanggil 'neuropeptides'. Penghasilan neuropeptides ini akan meransang RAR untuk mengaktifkan batuk. Dalam masa yang sama juga, Reseptor C-fibre tadi ada berhubungan dengan bahagian otak yang menghalang batuk. Maka apakah sebenarnya fungsi C-fibre tadi? Kesimpulan dibuat bahawa, jenis-jenis batuk yang terjadi bergantung kepada satu proses yang kompleks di antara reseptor C-fibre dan RAR untuk menghasilkan jenis-jenis batuk yang berlainan bersesuaian dengan agen-agen (makanan yang tersedak, dll) yang meransang reseptor-reseptor itu tadi.
No comments:
Post a Comment