blog ini mengajak 'orang kita' guna otakkk!!! Guna otakkk!!!

membincangkan konsep-konsep lebih kepada bidang perubatan dan mengajak orang ramai kepada kaedah perubatan yang lebih efektif dan 'reasonable'..

Tuesday, 17 January 2012

TERSANGKUT TULANG IKAN PADA TEKAK

Tentu anda biasa mengalaminya bukan? Tengah syok makan tiba-tiba tersangkut tulang ikan kat tekak. Gelabah jugak la mula-mula tu. Lebih-lebih lagi kalau tulang ikan tu besar. Tak pun tulang ayam! Aku pernah jumpa sorang mamat tu tertelan tutup botol dan tersangkut pada tekak. Bunyi macam lembu kena sembelih pun ada. Panik! 

Sebenarnya tak perlu gelabah pun. Cuba bertenang dan fikirkan cara untuk mengeluarkannya. Di antara cara yang paling berkesan ialah menelan sekepal nasi. Atau pun pisang. Biasanya ia akan hilang. Tetapi kadang-kadang tulang tu sudah pun masuk ke dalam perut, tapi kesan masih dirasai. Kalau tekak sudah luka, rasa sakit tetap ada tapi kebiasaannya jika rasa tulang masih ada, bererti memang ada tulang lagi di situ.

Biasa kalau terjadi pada aku, aku akan bersabar dan menganggap ia sebagai ujian dan meminta Allah mengurangkan beban yang ditanggung. Kemudian aku akan cuba cara di atas. Kalau gagal, aku akan ke hospital dan meminta staf kecemasan melihat terus melalui laryngoscope ke dalam tekak. Tetapi biasanya 'failed' jugak. Kemudian, mereka akan meminta supaya x-ray leher dibuat yang mana aku tak akan setuju. Aku rela minta tangguh untuk dua atau tiga hari dengan harapan tulang tu akan lembut dan tertelan dengan sendirinya. Kebiasaannya ia akan berkesan. X-ray leher pandangan sisi biasa dibuat pada leher mangsa tercekik tulang ikan walaupun mereka stabil. Mungkin ada yang pelik sebab tulang ikan terlalu jarang nampak pada x-ray, dan kalau ada yang menyerupai tulang ikan pun, ianya mungkin kesan proses pengerasan ('calcification') pada tulang rawan tekak tiroid (thyroid cartilage) yang biasa terjadi apabila meningkat usia. 

Alasan mengapa x-ray perlu dibuat ialah kerana; pertama, ia melibatkan undang-undang (medicolegal) yang mana itu sahaja pilihan terbaik yang ada pada waktu itu untuk melihat tulang ikan yang tersekat jauh ke dalam tekak. Kedua, cubaan berkali-kali untuk mengeluarkan tulang tersebut sebelum tiba di hospital mungkin akan menyebabkan kesan kecederaan pada tisu-tisu tekak yang dipanggil 'pharyngeal perforation' atau 'esophageal perforation', yang mana tulang tersebut menembusi tisu saluran tekak atau pencernaan. Keadaan ini boleh dilihat jelas melalui x-ray leher. Berbalik pada cerita aku, dua atau tiga hari kemudian, tiada lagi rasa sakit dirasai. Boleh juga kita cuba menelan minyak zaitun (kalau ada ler), atau cuka. Kedua-dua bahan ini terbukti dapat melembutkan tulang ikan tersebut. Tulang ayam? Tulang lembu? Tak pasti. Kena cuba rendamkan tulang-tulang tersebut dalam minyak zaitun atau cuka dulu baru boleh tau..

Aku tak akan telan antibiotik jika ada doktor yang bagi. Katanya mahu elak terjadinya nanah pada bahagian tekak. Pada aku tak 'relevan'. Sebabnya tubuh badan aku pun boleh lawan kuman kan, mengapa pula nak kena makan antibiotik? Lainlah kalau aku ada kencing manis ke, itu lain cerita.

Sebenarnya sebarang bendasing yang tersangkut pada tekak kita, sama ada tulang ikan, atau penutup botol, atau bateri (biasa pada budak-budak) perlu dibuang dengan segera walaupun ianya tidak menyakitkan. Kerana ia berpotensi untuk menyebabkan tisu-tisu disekitarnya koyak, atau mati (necrosis), atau menyebabkan jangkitan bakteria dan bernanah, atau menyebabkan nafas terganggu dan tersekat. Maka wajarlah jika kita dirujuk kepada pakar ENT (Ear, Nose & Throat) untuk tindakan selanjutnya. dapatkan bantuan doktor kecemasan jika nafas anda terganggu, atau pendarahan yang banyak berlaku pada bahagian yang sakit itu.

Apabila tiba waktu temujanji dengan pakar ENT (doktor biasa juga yang tengok), apakah yang kita fikir mereka akan lakukan? Kebiasaannya mereka akan menggunakan alat yang dipanggil 'nasopharyngeal laryngoscope' atau 'mirror laryngoscope' atau 'fiberoptic nasopharyngoscope'. Di antara ketiga-tiga alatan tersebut, 'fiberoptic nasopharyngoscope' adalah yang paling canggih. Keadaan dalam tekak akan dapat dilihat terus melalui kamera kecil yang dipasang pada hujung alat tadi dan dipaparkan ke skrin TV. Mereka akan melihat terus tulang tersebut dan membuangnya. Pada masa akan datang, diharap 'fiberoptic nasopharyngoscopy' akan menjadi satu rutin biasa di dalam unit kecemasan memandangkan ianya senang dilakukan dan berkesan.

2 comments:

  1. kalau kulit udang.cara nk buang dan hilangkan rasa sakit
    harap bls secepat mungkin.
    kalau blh skrg

    ReplyDelete